Soalan :- Anda sebagai Guru Besar yang mempunyai pengetahuan tentang teori-teori organisasi dan pengurusan pendidikan. Aplikasikan teori-teori berkenaan dalam pengurusan sekolah anda,
__________________________________________________________________________________
Sekolah merupakan institusi sosial yang memainkan peranan penting dalam merubah kehidupan masyarakat. Sekolah adalah pengubah
minda dan sekolah juga merupakan penentu kepada budaya dan pembangunan
sesebuah negara. Kita seringkali juga mendengar orang memperkatakan tentang kewibawaan guru
besar atau pengetua (kedua-dua dirujuk sebagai Guru Besar) di sekolah.Guru Besar merupakan seorang pentadbir, pengurus dan yang lebih besar adalah seorang pemimpin. Bagi memimpin sesebuah organisasi, Guru Besar seharusnya mempunyai pengetahuan dan memahami cara bagaimana untuk mengurus dan mentadbir organisasinya. Mereka juga perlu memahami teori-teori pengurusan dalam pendidikan agar dapat memajukan organisasinya dan mencapai matlamat yang ditetapkan serta dihargai oleh masyarakat setempat.
Peranan dan fungsi pengurus yang memimpin adalah mencetuskan usaha-usaha peningkatan kekesanan proses pengajaran-pembelajaran dengan sentiasa melakukan inovasi dan sekaligus menghargai inovasi tenaga kerja (Sokarno,1994). Melalui kata-kata bekas Pegawai Khas Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia ini, dapat kita simpulkan bahawa seorang Guru Besar hendaklah mempunyai cita-cita dan sentiasa mencari idea-idea baru untuk meningkat proses pengajaran dan pembelajaran dengan lebih bekesan. Sekolah perlu kepada seorang pemimpin yang berjiwa besar, semangat dan cita-cita tinggi kerana kepemimpinan sekolah adalah begitu kompleks. Sebahagian besar inputnya adalah manusia. Manakala outputnya juga adalah manusia. Guru Besar terpaksa berhadapan dengan guru-guru pimpinannya dan pelajar-pelajar sebagai sasarannya. Di sekelilingnya adalah masyarakat yang sentiasa melihat pekembangan pengajaran dan pembelajaran di sekolah itu, melalui anak-anaknya. Jadi, sebagai seorang Guru Besar terpaksa berhadapan dengan tiga dimensi, guru dan kakitangan sokongan, murid dan masyarakat.

Dalam pengurusan pendidikan, teori pengurusan yang sering digunapakai ialah teori pengurusan Henry Fayol dan Max Weber.
TEORI HENRI FAYOL: PRINSIP DAN FUNGSI PENGURUSAN
Henri Fayol (1841-1925) "Bapa Pemikiran Pengurusan".
Henri Fayol telah membezakan antara kemahiran teknikal dengan kemahiran pengurusan. Beliau juga telah mengenal pasti fungsi-fungsi pengurusan yang khusus dan telah mencadangkan empat belas prinsip pengurusan.
Fungsi-fungsi Pengurusan
Dalam fungsi pengurusan, Fayoltelah memecahkan fungsi-fungsi pengurusan tersebut kepada lima elemen iaitu;
1. Perancangan:(Planing)
Perancangan
meliputi aktiviti-aktiviti berhubung dengan ramalan tindakan yang akan
diambil pada masa hadapan dan penentuan arah haluan organisasi agar ia
dapat berkembang dan mencapai matlamat-matlamatnya. Sebagai Guru Besar saya perlu mempunyai pelan perancangan yang meliputi visi,misi matlamat serta objektif yang ingin saya capai.
2. Penyusunan :(Organizing)
Fungsi ini berhubung dengan pembentukan struktur autoriti, tanggung-jawab dan tugas-tugas.
3. Pengarahan :(Directing)
Aktiviti
ini berkaitan dengan pengarahan kakitangan bawahan, aspek-aspek
komunikasi, perlakuan pengurusan, pemberian ganjaran dan penghukuman.
4. Penyelarasan : (Coordinating)
Fungsi
penyelarasan berkaitan dengan aktiviti mengabungkan bahagian-bahagian
untuk mewujudkan kerjasama bagi mencapai matlamat organisasi.
5. Pengawalan : (Controling)
Pengawalan
ke atas perjalanan aktiviti organisasi itu penting agar ia tidak
terpesong atau lari daripada dasar dan perancangan organisasi. Fungsi
pengawalan ini juga meliputi penilaian pencapaian bahagian-bahagian dan
organisasi keseluruhannya.
Empat belas prinsip pengurusan yang dapat memberikan
panduan kepada Guru Besar tentang pengurusan sesebuah sekolah (organisasi), ialah;
1. Pembahagian kerja :
1. Pembahagian kerja :
Pembahagian
kerja dapat meningkatkan produktiviti kerana pekerja menjalankan tugas
yang khusus dan dengan demikian mengurangkan beban dan tanggungjawab
pekerja.
2. Autoriti :
Fayol
mentafsirkan autoriti sebagai hak untuk memberi arahan dan sebagai
kuasa untuk menarik seseorang supaya menurut arahan itu.
3. Disiplin :
Asas
disiplin ialah menurut arahan dan prosedur serta menghormati
per-setujuan yang telah dibuat di antara organisasi dan kakitangannya.
4. Satu perintah :
Fayol
percaya bahawa seseorang pekerja mesti menerima arahan-arahan daripada
seorang ketua sahaja. Ini dapat mengelakkan daripada berlakunya
kekeliruan dan konflik di dalam penerimaan dan pemberian arahan.
5. Satu arahan :
Aktiviti yang mempunyai objektif yang sama hendaklah disatukan di dalam satu rancangan dan diurus oleh seorang ketua sahaja.
6. Mengutamakan kepentingan organisasi :
Kepentingan
organisasi hendaklah diutamakan daripada kepentingan peribadi atau
individu. Objektif-objektif organisasi adalah paling penting daripada
objektif individu.
7. Pembayaran upah :
Pekerja
mestilah dibayar dengan bayaran yang sewajarnya. Kerja-sama, sokongan
dan ketaatan dapat diperolehi daripada pekerja yang diberi bayaran
sewajar dengan perkhidmatan mereka.
8. Pemusatan :
Walaupun
pengurus bertanggungjawab sepenuhnya ke atas organisasi, kakitangan
bawahan hendaklah juga diberi kuasa yang cukup untuk menjalankan tugas
dengan efektif.
9. Rantai pemerintahan :
Rantai
pemerintahan ini menunjukkan hierarki autoriti bermula dari peringkat
atasan hingga ke peringkat bawahan di dalam struktur organisasi. Rantai
autoriti ini juga menunjukkan arah aliran komunikasi formal di dalam
organisasi.
Fayol
menggunakan prinsip susunan material dan sumber manusia yang mana
material dan manusia itu hendaklah ditempatkan di tempat yang betul
mengikut masa yang tepat.
11. Keseimbangan :
Pekerja hendaklah diberi layanan dan keadilan yang seimbang untuk melahirkan ketaatan mereka kepada organisasi.
12. Kestabilan personel :
Firma
yang berjaya mempunyai kumpulan pengurus yang stabil. Pihak pengurusan
atasan hendaklah mengimplementasikan amalan yang menggalakkan
penglibatan kakitangan kepada organisasi.
13. Inisiatif :
Kakitangan hendaklah diberi kebebasan untuk memajukan dan mengim-plementasikan rancangan.
14. Kekitaan :
Keharmonian di kalangan kakitangan mewujudkan perpaduan dan keteguh-an organisasi.
Sebagai seorang Guru Besar, sudah semestinya mahu menjadi seorang Guru Besar yang berkesan. Seorang Guru Besar yang berkesan akan melahirkan guru, sekolah dan pelajar yang berkesan. Sifat pengetua yang menekankan kepada jenis kepemimpinan demokratik merupakan asas kepada keberkesanan seorang Guru Besar. Seorang Guru Besar yang mengutamakan corak kepimpinan yang demokratik akan disayangi dan mudah didampingi oleh guru. Dia mengambil kira dan turut berkongsi pengalaman serta idea dengan orang-orang di bawah kumpulannya. Sifat menghargai dan sentiasa membawa perbincangan dari idea-idea yang diketengahkan oleh kumpulannya adalah satu cara yang amat penting dalam menjalankan urusan pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Bukan sahaja dengan guru-guru tetapi seluruh kakitangan sokongan yang ada. Bagi orang-orang di bawah kawalannya, mereka akan merasa amat gembira kalau pemimpinnya menghargai idea mereka. Dengan ini akan lahirlah sikap mereka yang kuat dan rajin bekerja.
Sumber :- http://sribuansalokbatik.blogspot.com/2012/09/tiga-gaya-asas-kepimpinan.html
http://www.scribd.com/doc/33154242/Apa-itu-pengurusan